Sejarah Sekolah

The first classroom, upstairs in one of these river side shop houses.

Dalam tahun 1907, seorang ahli perniagaan yang bernama Tan Weng Chiang bersama anaknya, Tan Lo Heong telah pergi ke Pulau Pinang untuk berjumpa dengan Rev. G.F. Pykett di Anglo Schinese School, Pulau Pinang bagi mendapatkan seorang guru untuk mengajar matapelajaran Bahasa Inggeris untuk anak-anak dan cucu-cucunya. Seorang guru bernama En Jasudason telah dihantar oleh Rev G.F. Pykett dan pada 1 Julai 1907 sebuah sekolah telah diwujudkan di sebuah bilik di tingkat atas bangunan di Jalan Sungai, Parit Buntar. Ini adalah detik permulaan Sekolah Menengah Methodist (ACS), Parit Buntar dengan murid Picture 144seramai 7 orang. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah Inggeris pertama di daerah Kerian. (Nama ACS iaitu Anglo Chinese School dipilih sebagai nama pertama sekolah kerana Bahasa Inggeris dijadikan mediun utama yang memainkan peranan penting di peringkat permulaan, telah  berasal dari bangsa Cina) Lima daripada tujuh orang pelajarnya terdiri daripada keluarga Tan iaitu Tan Lo Tee, Tan Swee Teong, Tan Swee Chin, Tan Swee Chee dan Tan Phock Kee. Murid lainnya Chen Wee Siang dan Paul Raj.

The Parit Buntar Clock Tower

Pada tahun 1908, sekolah tersebut telah dikelolakan oleh Gereja Methodist dan Tan Lo Heong masih lagi memberi sumbangan beliau kepada pihak sekolah. Sekolah tersebut telah berkembang dan bilangan murid telah meningkat seramai 36 orang. Mulai dari tahun 1907 sehingga sekarang sekolah ini masih dipegang oleh Gereja Methodist. Sekolah ini telah dinamakan “Methodist School Parit Buntar”.

Jalan Teh Peh Kong today

Pada tahun 1910, jumlah muridnya hanya terdiri daripada 65 orang. Sekolah ini seterusnya telah berkembang dari satu tahap ke stau tahap. Pada tahun 1911 jumlah muridnya telah meningkat kepada 85 orang di bawah kelolaan dua orang guru. Oleh kerana bilangan murid bertambah sekolah ini telah berpindah ke sebuah kedai di Jalan Teh Pek Kong.

Methodist School on Brewster Road, built in 1918

Dalam tahun 1918, En Tan Lo Heong telah mewujudkan sebuah tabung pembangunan sekolah. Derma dipungut di Parit Buntar dan Bandar Baharu, Kedah dengan tujuan untuk membina sebuah sekolah yang mengandungi lima buah bilik darjah.

25 Nov 1898 ~ 3 Mar 1981

Hasilnya, bangunan baru yang mengandungi lima buah bilik darjah di Jalan Brewster (kini Jalan Dewan) telah didirikan. Satu darpada bilik darjah telah didermakan oleh En Tan Lo Tee. Pada masa ini, bilangan murid telah bertambah kepada 135 orang. Bangunan ini telah dirasmikan oleh En Oliver Marks, setiausaha kepada Residen British Perak pada ketika itu. Seterusnya semasa J.D. Hall menjadi guru besar, nama sekolah ini telah ditukarkan kepada Anglo Chinese School.

Pada tahun 1920, En K.S. Vanniasingam menjadi guru besar di sekolah ini. Dengan penambahan bilangan murid seramai 176 orang, sukan olahraga telah diadakan dan buat pertama kalinya, pasukan bola sepak sekolah menyertai Pertandingan Bola Sepak di daerah Kerian.

Pada tahun 1924, En J.A.P. Oswald mengambil alih tugas guru besar, kedatangan beliau telah mencatatkan satu sejarah baru bagi sekolah ini. Darjah untuk peperiksaan Cambridge dimulakan. Tumpuan juga diberikan kepada kemajuan Bahasa Inggeris dengan penubuhan Persatuan Perdebatan,”Literary and Debating Society“. Beliau juga memberi perhatian yang khusus kepada permainan. Rumah pasukan diwujudkan dengan nama rumah Lo Heong, Horley, Lo Tee dan Laidin dalam tahun 1925.

Dengan bertambahnya bilangan murid, masalah kekurangan bilik darjah timbul. Pada tahun 1926, jumlah murid seramai 300 orang. Bilik darjah yang ada hanya lima buah sahaja. Dari itu kempen memungut derma pembangunan sekolah telah diusahakan.

Pada tahun 1930, jumlah murid meningkat sekali ganda iaitu mencecah 331 orang murid. Justeru, pada tahun 1936, pembinaan enam bilik darjah dilaksanakan di Jalan Maxwell (sekarang Jalan Sekolah). Pada tahun 1940, ketika era Perang Dunia Kedua mula melanda, bilangan murid mula menurun sehingga mencapai 220 orang murid sahaja.

1954 ~ Office, Science Labs and Class rooms

Selepas Perang Dunia Kedua iaitu pada tahun 1950, bilangan murid terus bertambah menjadi 747 orang murid. Sekali lagi masalah kekurangan tempat belajar timbul. Walau bagaimana pun, pada tahun 1954, sebuah bangunan mengandungi 12 bilik darjah serta sebuah bilik Sains telah didirikan. Pada tahun 1956, bangunan yang mengandungi enam buah bilik darjah telah siap dibina. Pada tahun itu juga, nama sekolah telah ditukar daripada Anglo Chinese School kepada Methodist School sehinggalah hari ini.

Methodist Hall where many events like concerts and debates were held.

Dengan termaktubnya dasar baru pelajaran, sekolah ini turut juga berubah. Pada mulanya, pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah diletakkan di bawah satu pentadbiran sahaja. Pada tahun 1958, pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah telah diasingkan. Berikutan dengan ini, Lembaga Tadbir bagi sekolah menengah dan Lembaga Pengurus bagi sekolah rendah ditubuhkan.

Pada tahun 1959, sebuah Pavillion sukan telah dibina hasil sumbangan daripada En. Lim Chong Chee. Tahun 1960 merupakan permulaan kemasukan murid-murid aliran Melayu. Bilangan murid menunjukkan sedikit penurunan iaitu seramai 610 orang murid sahaja. Menjelang 1963, sekolah ini mengandungi 7 kelas aliran Melayu dan 17 kelas aliran Inggeris.

Inside the Heah Seok Yeong Nee memorial library.

Pada tahun 1962, sebuah bangunan perpustakaan telah dibina atas sumbangan En. Lim Chong Chee sebagai kenangan kepada mendiang isterinya, Heah Seok Yeong Nee. Bangungan ini dinamakan “Heah Seok Yeong Nee Memorial Library“. Pembinaan bangunan ini penting bagi membantu seramai 776 orang pelajar menggunakan perpustakaan sebagai medan menambah ilmu pengetahuan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Tn Hj Abdul Hamid Khan bin Haji Sakhwal Ali Khan, Menteri Pelajaran pada 26hb Februari 1963.

Pada tahun 1963 iaitu sewaktu pentadbiran P. Subramaniam sebagai pengetua dan Rev K. Knutsen yang bertindak sebagai “Chairman of the Board of Governors” sekolah ini dikenali sebagai Methodist Secondary School, Parit Buntar (MSS). Berdasarkan statistik yang diperolehi pada oktober 1963, sekolah ini mempunyai seramai 34 orang guru dan 911 orang murid, Mengikut pecahan enrolmen yang diperolehi, murid lelaki mendominasi sekolah ini dengan bilangan 625  orang berbanding murid perempuan hanya 286 orang sahaja. Amat membanggakan, sekolah ini memiliki murid pelbagai bangsa, agama dan budaya. Murid-muridnya terdiri daripada 600 orang Melayu, 188 orang Cina, 92 orang India dan 1 orang Eropah. Manakala guru-gurunya terdiri daripada 4 orang guru Kristian dan 30 orang Melayu. Bilangan murid Kristian yang bersekolah di sini adalah seramai 12 orang.

The Lim Chong Chee Science Lab

Bangunan baru Makmal Sains dua tingkat berharga RM100,000 siap dibina pada tahun 1979. Bangunan ini didirikan dari sumbangan derma dan bantuan kerajaan. Bagunan ini dinamakan Bangunan Lim Chong Chee kerana beliau telah membiayai sebahagian besar perbelanjaan membina bangunan ini.

Office block, opened in 1982

Pada Februari 1979, kerja pembinaan bangunan dua tingkat telah dimulakan. Blok baru ini mengandungi sebuah bilik masakan, sebuah bilik jahitan, sebuah pejabat dan tiga buah bilik darjah. Perbelanjaan keseluruhan untuk bangunan ini bernilai RM200,000 yang dibiayai oleh kerajaan dan derma oleh para dermawan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dr. Tan Tiong Hong dalam tahun 1982.

Two-in-One tuck shop. Malay canteen on the left. Chinese canteen on the right.

Bagi tujuan membaiki keadaan bangunan sekolah, beberapa usaha pengubahsuaian blok kayu (bersebelahan perpustakaan) telah dijalankan. Pada tahun 1982, bilik kantin telah diubahsuaikan menjadi bilik guru sehinggalah hari ini. Pada tahun 1990, kantin sekolah telah diperbesarkan dengan penambahan kantin Melayu.

Pada tahun 1992, Gelanggang Serbaguna Sukan telah siap dibina, hasil sumbangan Dato’ Abdul Rahman b Suliman, Ahli Parlimen Parit Buntar, bernilai RM13,000 dan sumbangan Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kerian. Pada tahun 1994, tandas baru mula dibina melalui peruntukan Kementerian Pelajaran bagi sekolah-sekolah Bantuan Modal.

Pada November 1999, kerja membina tempat masak kantin dilakukan dengan bantuan modal bernilai RM40,000 dan siap digunakan pada Januari 2000 dengan pembahagian kantin untuk pengusaha Melayu dan Bukan Melayu.

Bilik guru baru dibina pada tahun 2002 dan mula digunakan pada 25 Februari 2002.

New block under construction

Pada tahun 2007, sekolah menyambut ulang tahun ke-100 dengan menganjurkan satu Majlis Makan Amal untuk memugut derma. Hasil daripada usaha itu, sebuah bangunan baru yang terdiri daripada 3 buah bilik darjah telah dibina.

One Response to Sejarah Sekolah

  1. Vicneswaran Nagarathar says:

    my schook

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s