TAYANGAN VIDEO “SURAT UNTUK INA”
Tarikh : 14 April 2014 (Isnin)
Masa : 6.00 petang – 6.40 petang
Tempat : Dewan SMK Methodist (ACS)
Catatan : Sempena dengan pelancaran Bulan Akademik dan My Tutor, satu tayangan video “Surat Untuk Ina ” telah diadakan untuk pelajar-pelajar sesi petang. Tayangan ini telah berjaya menarik minat para pelajar untuk mendalami teks sastera yang mereka pelajari khasnya mata pelajaran Bahasa Melayu. Terima kasih kepada En Azril bin Ahmad, Pengarah Produksi Magika Arts, krew, para pelakon serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan “SURAT UNTUK INA”.
Tahniah juga kepada Tingkatan 1M2 kerana memenangi anugerah Kelas Terbersih Minggu ini.