Majlis Permuafakatan PPD Kerian Bersama PDRM Bagi Menangani Kes Disiplin Murid Sekolah Daerah Kerian.
Mesyuarat Bil. 1/2014
Tarikh : 24 April 2014
Masa : 3.00 – 6.00 ptg
Tempat : Pejabat Daerah & Tanah Kerian
SARANA : Penglibatan Polis dalam program disiplin murid.
Turut Hadir:
Pn Ommi Kalsom bt Mohamad, AMP. (Tn PPD Kerian)
Supt Mat Fauzi b Hj Nayan, KMN, AMN, ACM, PJK, PPP, PBB, PBA, PBP. (Ketua Polis Daerah Kerian)
Perjumpaan di antara pihak Polis Diraja Malaysia dengan warga pendidikan daerah Kerian selama 3 jam ini telah diadakan bagi membincang dan merangka program dan penyelesaian untuk meningkatkan tahap disiplin murid-murid di daerah Kerian ini. Suasana perbincangan amat mesra dan kerjasama yang ditunjukkan oleh kedua-dua pihak amat baik. Adalah menjadi harapan semua pihak bahawa perjumpaan ini akan membawa hasil yang diingini, iaitu peningkatan tahap sahsiah, disiplin murid yang sudah tentu akan disusuli dengan pencapaian akademik yang membanggakan.