Kunjungan oleh Pegawai Angkat PPD merangkap pegawai SISC+
Tarikh : 24 April 2014
Tn Hj Md Tahir b Jilani, pegawai SISC+ (School Improvement Specialist Coach +) telah dilantik sebagai pegawai PPD yang menjadikan SMK Methodist (ACS) sebagai sekolah angkat beliau.
Tn Hj Tahir mengunjung ke sekolah hari ini untuk bertemu dengan tuan pengetua dan guru Bahasa Melayu, iaitu Pn Hjh Rohana bt Ahmad dan Pn Nurul Farha bt Jamaludin.
Pihak sekolah mengalu-alukan kehadiran tuan dengan ucapan jutaan terima kasih dan tahniah di atas perlantikan tuan sebagai pegawai angkat sekolah ini dan sebagai pegawai SISC+ di PPD Kerian.
Kami yakin dengan bimbingan, kerjasama dan komitmen tuan, SMK Methodist mampu mengecapi kejayaan yang lebih gemilang lagi.