MAJLIS BERSAMA PENGARAH PENDIDIKAN PERAK
Tarikh : 2 Mei 2014
Masa : 3.00 ptg
Tempat: SMK Abu Bakar Al Baqir
Tuan Pengarah Pendidikan Perak, Tn Hj Mohd Idris b Hj Ramli melapangkan masa untuk bersama-sama warga pendidikan daerah Kerian. Di dalam Ucaptama tuan pengarah mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada PPD, sekolah menengah dan sekolah rendah kerana berjaya meletakkan Daerah dalam kedudukan yang tinggi dalam pencapaian UPSR(Ke-2), PMR(Ke-3), SPM(Pertama) dan STPM(Ke-3) di negeri Perak. Tn pengarah juga meyampaikan sijil-sijil penghargaan kepada sekolah-sekolah yang mencatatkan peningkatan di dalam peperiksaan SPM 2013.