HAPPY TEACHER’S DAY – PART 2 (Afternoon Session)
TARIKH : 16 Mei, 2014 (Jumaat)
MASA : 2.30 – 5.45 Petang
TEMPAT : Dewan SMK Methodist (ACS)
CATATAN : Sempena sambutan perayaan Hari Guru tahun 2014, dengan tema, “Guru : Pencetus Kreativiti, Penjana Inovasi”, pelbagai acara telah diatur. Di samping bacaan perutusan, ucapan-ucapan, penyampaian cenderamata, nyanyian dan ikrar para guru, acara memotong kek, penyerahan kad ucapan dan banner Hari Guru, majlis juga telah dimeriahkan lagi dengan persembahan pelajar pelbagai kaum dan permainan ‘musical chair’. Majlis juga tambah berseri dengan kehadiran Tuan Pengetua, Encik Gee Kuang Beng dan AJK PIBG, Puan Shila a/p Shanmugam.