ANUGERAH KEHADIRAN PENUH (JANUARI – JUN 2014)
Tarikh : 21 Julai 2014 (Isnin)
Masa : 5.00 – 5.30 petang
Tempat : Dataran Perhimpunan, SMK Methodist (ACS)
Catatan : Satu majlis khas bagi menyampaikan Sijil Anugerah Kehadiran Penuh Pelajar Sesi Petang telah dijalankan bagi menghargai para pelajar yang sifar ponteng (tidak pernah langsung ponteng sekolah). Adalah diharapkan dengan anugerah sijil yang diberikan akan menjadi pendorong kepada pelajar-pelajar lain untuk rajin datang ke sekolah.
Dalam majlis yang sama juga, hadiah bagi Pertandingan Mencipta Kad Ucapan Hari Raya telah disampaikan kepada lima orang pemenang. Anugerah Kelas Terbersih Mingguan telah dimenangi oleh Tingkatan 1M3 manakala Anugerah Tokoh Sahsiah Terpuji Bulan Julai telah dimenangi oleh saudari Yaashini a/p Manikam dari Tingkatan 2M3.