Lawatan Y.B. Dato’ Sham b. Mat Sahat
SMK Methodist pagi ini menerima kunjungan oleh Y.B. Dato’ Sham b Mat Sahat, DPMP, AMN, PPN, PJK (Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Alor Pongsu). Kehadiran YB Dato’ adalah untuk melihat dan mengukur kawasan pakir kereta sekolah dengan tujuan untuk menentukan kos menurap kawasan tersebut. Projek ini merupakan sumbangan yang diluluskan oleh YB Dato’ sempena perasmian Hari Anugerah Kecemerlangan Tahun 2014 pada 12 April 2014 yang lepas.
Kami seluruh warga SMK Methodist mengucapkan jutaan terima kasih di atas keperihatianan YB Dato’.