SAMBUTAN HARI RAYA AIDIL FITRI TAHUN 2014
Tarikh/ Hari : 11 Ogos 2014 (Isnin)
Masa/Tempat : 12.30 tengah hari (Dataran Perhimpunan)
Catatan : Pada hari ini telah berlangsung sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat SMK Methodist (ACS) dengan begitu meriah sekali. Di samping menjamu selera dengan pelbagai juadah seperti lemang, rendang, nasi himpit, kuah kacang, agar-agar, bihun goreng, kek serta beraneka jenis biskut, para pelajar dan guru dihiburkan oleh nyanyian lagu-lagu Hari Raya bagi menambahkan lagi kemeriahan suasana. Dengan adanya program seperti ini dapat mewujudkan perasaan serta semangat muhibbah di kalangan warga SMK Methodist(ACS) yang terdiri daripada pelbagai kaum.