Pada Jumaat 22 Ogos 2014, adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk, Timur Ukraine. Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia tiba di tanah air (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.
Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).
SELURUH WARGA SMK METHODIST (ACS) di minta bertafakur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas, Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.