MAJLIS SAMBUTAN AMBANG KEMERDEKAAN
SMK METHODIST (ACS), PARIT BUNTAR
29 OGOS 2014 (JUMAAT)
Semua murid-murid SMK Methodist (Sesi Petang) dihimpunkan di dewan sekolah pada jam 5.00 petang bersama Pengetua, PK-PK, GK-GK dan guru-guru untuk menyambut Ambang Kemerdekaan dalam suasana yang sungguh bersemangat patriotik dan Cinta kepada Negara.
Antara acara-acara yang berlangsung termasuk ucapan/perutusan oleh tuan pengetua, kuiz kemerdekaan, persembahan murid-murid, pertunjukan hasil lukisan murid, lambaian jalur gemilang, nyanyian lagu-lagu patriotik dan laungan “Merdeka!!!!”