Majlis Persaraan
Tn Hj Abdul Rahim b Darus
29 Ogos 2014 (Jumaat)
1 September 2014 merupakan noktah kepada perkhidmatan rasmi Tn Hj Abdul Rahim b Darus sebagai seorang guru di sekolah.
Umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama berkayuh telah sampai di muara
Umpama pelari telah sampai ke garisan penamat
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan, yang pastinya setiap perpisahan amat menyedihkan dan menyakitkan. Apabila mengenangkan kembali saat-saat ketika kita bersama, pasti ia akan menjadi detik kenangan paling manis yang tidak dapat dilupakan.
Guru umpama bintang cemerlang
Walau bersara jasa dikenang.
Semoga kehidupan Tuan Haji Rahim selepas ini bertambah baik dan terus dimurahkan rezeki dan berhasil dalam setiap apa yang dilakukan.
Juga di dalam Majlis hari ini, jasa Cik Nurul Syuhada bt Ramli juga dikenang. Beliau hari ini menamatkan khidmatnya sebagai guru ganti di SMKM, menggantikan Pn Hafizah Zakaria. Terima Kasih diucapkan.