20 Oct 2014
Murid-murid dan guru-guru yang hari jadinya jatuh pada Oktober ke Disember diraikan pada perhimpunan pagi ini. Keadaan hujan renyai-renyai tidak menjejaskan semangat untuk meneruskan majlis yang penuh bermakna ini.
Di majlis pagi ini juga, Sijil Sahsiah Terpuji disampaikan kepada:
1. Inbal Ezhill Geetan a/l Satasivam, T4S [Julai]
2.Ong Then Kean, T4K2 [Ogos]
3.Fatin Nasuha bt Razali, T4S [September]
Pingat-pingat Kejohanan Basketball 3-on-3 Daerah Kerian turut disampaikan. Pasukan Lelaki muncul Naib Johan dan Pasukan Perempuan dapat tempat ke3.