ANUGERAH SAHSIAH TERPUJI BULAN OKTOBER DAN HADIAH KEHADIRAN PENUH HINGGA BULAN SEPTEMBER TAHUN 2014.
Tarikh / Hari : 27 Oktober 2014 (Isnin)
Masa / Tempat : 6.00 petang (Dataran Perhimpunan SMKMPB)
Pada hari ini telah berlangsung penyampaian Anugerah Sahsiah Terpuji Bulan Oktober dan pelajar yang terpilih memenangi anugerah ini ialah Fayyadh Az Zakwan bin Zainal, pelajar Tingkatan 2M2. Seramai 18 orang pelajar telah menerima hadiah kerana hadir penuh dari awal tahun sehingga bulan September. Majlis juga diserikan dengan aktiviti MBM/MBI melalui nyanyian lagu Salam Terakhir yang telah dipersembahkan oleh Kamilia bt Mohd Kamil(2M2). En Mazlan Hj Hasan juga telah menyampaikan taklimat berkaitan jadual Peperiksaan Akhir Tahun.