PENYAMPAIAN HADIAH HARI LAHIR BULAN SEPTEMBER (PROGRAM SEKOLAH PENYAYANG)
PENYAMPAIAN HADIAH KEJOHANAN KARATE TERBUKA NEGERI KEDAH
Tarikh / Hari : 28 September 2015 (Isnin)
Masa / Tempat : 6.00 – 6.40 petang (Dataran Perhimpunan, SMKM)
Catatan : Seramai 20 pelajar dan 3 orang guru menyambut Ulangtahun Hari Kelahiran pada bulan September ini (Pn Hjh Faezah Hj Sahid, En Razmizan Razali dan Pn Hjh Fatimah Adzilah bt A. Hadi). Semoga panjang umur dan murah rezeki.
Bagi Kejohanan Karate (Pra Sukma) yang telah diadakan di Dewan Bandaran Kulim, pada 12 September 2015 yang lalu, Dheeviyaa Kumar a/l Jesu Raja, dari Tingkatan 1M3 telah memenangi Pingat Emas kategori 12 – 13 tahun manakala Sarvinder a/l Krishnan (Tingkatan 2M4) pula telah memenangi Pingat Emas kategori 14 – 15 tahun. Tahniah dan moga terus mengharumkan nama SMK Methodist !