Hari Anugerah

Hari Anugerah Kecemerlangan

18 April 2012

8.30 pagi

Dewan SMK Methodist, Parit Buntar, Perak.

Hari Anugerah Kecemerlangan tahun ini telah dirasmikan oleh Tn Hj Zainuddin b Mahmud, pegawai sukan PPD merangkap bapa angkat SMK Methodist. Beliau mewakili Yg Bhg En Abu Bakar b Mat Ali, penyelaras DUN Titi Serong. Dalam ucapannya, Tn Hj Zainuddin mengumumkan sumbangan RM2000 dari pihak En Abu Bakar b Mat Ali dan juga sumbangan daripada dirinya sebanyak RM1000. Pihak sekolah mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Tn Hj zainuddin dan En Abu Bakar atas sumbangan mereka.Turut hadir bersama ialah En Yong Chai Hock, pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, En K Salvakumaran, BKM, PCK, pengerusi P.I.B.G. dan juga Pn Mahinar Ghazali yang mewakili alumni MEXSA (Methodist Ex-Student Association).

Pemenang-pemenang anugerah terdiri daripada pelajar-pelajar yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan awam, PMR dan SPM 2011; dan juga dalam peperiksaan dalaman (Akhir Tahun 2011). Penghargaan juga diberi kepada panitia-panitia matapelajaran yang telah mencapai kejayaan-kejayaan dalam peperiksaan PMR dan SPM 2011. Selain daripada itu, 3 orang orang guru menerima anugerah Jasa Mu Dikenang kerana telah berkhidmat di SMK Methodist genap 10 tahun.

Pada tahun ini, pihak MEXSA telah menyediakan satu anugerah istimewa yang di gelar sebagai MEXSA Outstanding Student Award atau Anugerah Pelajar Terbaik MEXSA merupakan wang tunai sebanyak RM1000. Pemenangnya ialah Yeoh Zhi Ying yang telah mencapai keputusan 10 A dalam SPM 2011.

Pihak sekolah ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak MEXSA, terutamanya presidennya Dato’ Kutubul Zaman Bukhari kerana menghargai adik-adik mereka yang masih di bangku sekolah lama mereka (alma mater).

Di antara pemenang-pemenang anugerah tahun ini, terdiri daripada:

SPM semua A – 2 orang [Yeoh Zhi Ying dan Ng Li Ying]

SPM semua A dan B – 5 orang

PMR semua A – 9 orang

PMR semua A dan B – 4 orang.

Upacara Hari Anugerah juga dimeriahkan lagi dengan tiga persembahan daripada murid-murid SMK Methodist; iaitu (1) Nyanyian koir 1 Malaysia; (2) Tarian India (solo) dan (3) Choral Speaking bertajuk “The Idiosyncrasies of Malaysians”

SPM winners

Giliran ambil hadiah

Pendaftaran

Koir 1Malaysia

Choral Speaking

Ketibaan

Meja Pendaftaran

Kompang kampong

Penyambut tetamu

Bufet Tengahari

En Yong Chai Hock

Bapa Khuhan Raj

Koir 1Malaysia

3 Jelita

Solo - Indian Dance

Guru Malaysia

Anugerah Panitia

Sedaaaaap!

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s